Saturday, May 15, 2010

KERABU PUCUK PAKU





Bahan-bahan:


3 ikat Pucuk paku - dicelur
2 genggam Tauge - dicelur
1 bwg besar - dihiris halus
1 1/2 halia - dihiris halus
Sedikit kelapa parut- disangai sebelum ditumbuk
10 biji cili padi * (nak pedas pandai2 ler adjust)
Sedikit belacan *
Garam/ gula *
2 sudu besar kerisik (kalo xnk pun ok sbb dh ada kelapa parut)
4 biji limau kasturi/ nipis (jus)

(bhn * ditumbuk lumut)
segenggam ikan bilis (goreng)

Cara-cara:


1. Celur pucuk paku dan tauge.
2. Satukan; halia; bawang besar dan gaulkan dengan bahan * yang telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan pula kelapa parut, ikan bilis yg digoreng dan (kerisik). Gaul sampai rata.
4. Akhir sekali perahkan limau dan gaul sebati. Sedia.


selamat mencuba...

MEE REBUS






Bahan-bahan:


2 bungkus mee kuning - peket besar
1kg tulang & daging tetel
2 biji keledek kuning - direbus & kisar
1/2 biji labu kuning - direbus & kisar
1 cwn kacang tanah - digoreng & dikisar kasar
1 mangkuk udang sederhana besar
5 sudu besar cili kisar
5 keping asam gelugur

Bahan hiasan:

Tauge - dicelur
Tomato - dibelah 2 & hiris nipis
Limau kasturi/ nipis - dibelah 2
Tauhu - digoreng & potong dadu
Daun sup&daun bwg
Bawang goreng

Cara:

1. Rebus tulang & daging hingga empuk. Masukkan ubi keledek & labu kuning yang telah dikisar halus.
2. Kemudian masukkan cili kisar serta kacang tanah yang telah dikisar. Biar seketika sebelum dimasukkan udang.
3. Masukkan asam keping dan perasakn garam/ gula/ serbuk perasa. Kuah kena sentiasa dikacau supaya bahagian bwh tidak melekat dan hangit.
4. Pastikan kuah tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat. Sedia untuk dihidang...

Note: Untuk melembutkan tulang dan daging dengan cepat, korang semua boleh
masukkan antara 4 ke 6 biji buah kurma.. InsyaAllah...hasilnya mmg
membanggakan... :)



selamat mencuba..

KUIH KERIA






Mula-mula:


-Keledek – direbus dan letak sedikit garam
-Tepung gandum

Cara

Lenyek keledek yang direbus tadi hingga halus.
Masukkan tepung sikit demi skit sehingga dapat adunan yang dikehendaki dan gentelkan mcm gelang dan bolehlah digoreng dalam
kuali.


Cara buat air gula
2sudu besar gula pasir
2sudu besar air 

Masukkan bahan di atas di dalam kuali dengan api yang kecil…kacau…tunggu hingga buih2 gula kelihatan dan pada masa tu
masukkan kuih tadi dan gaulkan sebati…lama kelamaan gula tu akan
membeku dan tutuplah api…kacau hingga kesemua kuih tersebut bersalut
dengan gula sepenuhnya.

KUIH BAKAR




Bahan-bahan ( 6 org )


* 1 cawan gula
* 1 cawan jus pandan (atau air + pandan essence)
* 2 cawan tepung gandum
* 2 1/4 cawan santan (atau 1 can santan-450ml )
* 2 ketul butter
* 3 biji telur
* 1/2 sudu garam
* pewarna hijau
bijan

Cara-cara

1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
2. sapu sedikit minyak dlm loyang (ratakan).
3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan bahan yg diblend tadi, taburkan bijan. bakar @180 sampai masak atau garing.

TOSEI

tose/tosei/tosey/tosay/____ /____ (sila isi tempat kosong)

apa2 sajalah. yang penting 

membuatnya taklah sesusah mana. cuma makan masa sebab melibatkan proses rendaman & fermentasi yg agak lama.

bahan2:

  • 1 cawan beras
  • 2 cawan aluthu/urudhu/dhal hitam (tak tau sila tanya selvi...)
  • 1 senduk nasi sejuk (kak senduk?)

adunan:
  • rendam beras & aluthu selama 8 jam
  • lepas 8 jam, blend beras + aluthu + nasi hingga halus (ejas air masa blend...jgn pekat sgt, jgn cair sgt)
  • masukkan sedikit garam
  • peram lagi selama 8 jam (adunan akan kembang sedikit & berbau agak masam seperti tapai)

penyediaan:
  • bawang besar di potong 2
  • celup dlm minyak
  • sapukan bawang berminyak atas kuali leper
  • masukkan sesenduk adunan & leperkan senipis mungkin
  • option...boleh letak telur & bawang cincang utk efek yg lebih hebat!
  • tutup adunan supaya permukaan atas sama masak
  • lipat 2
  • dihidangkan bersama dhal & sambal
  • wow!!!

PUDING ROTI

bahan2:
  • 10 keping roti
  • susu / santan (akak pakai susu full cream)
  • 2 bijik telur (hahhaha...seimbangkan sukatan akak??)
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2 sudu butter (cairkan)
  • gula secukup rasa
  • sedikit esen vanilla
kekdahnye:
  • carik-carikkan roti tu...kulit jgn buang. ni nak kasi puding tu ada kaler2 ceklat sket
  • masukkan susu dlm roti. agak2 kasi sampai roti tu lembab secukupnya dah la. jgn byk sgt nanti puding lembik
  • masukkan telur, butter, esen vanilla, tepung kastard & gula secukup rasa. 
  • kacau2 sampai sebati
  • bakar atas api kecik selama 40 min. kalu guna oven pandai2 la korang ejas okeh! 
jadik nyahh!!! sorii yer over excited. maklum la 1st time buat!
benda ni ada gravy tau. kena makan dgn kuah dia baru bleh climax to the max! kekdahnya senang sahajork!
gravy = susu + tepung kastard + gula + garam yg sangattttttlah sedikit okeh! (nak kasik lemak je) dan panaskan atas api sederhana sampai pekat.
siap meleleh2 yg tak tahan tuuu!!!!

Monday, March 8, 2010

NASI BERIYANI

Bahan-bahannya:


1. 750 gm/4 cawan beras Basmati

2. 1 cawan bahagian tulang ayam

3. 1 - 2 sudu rencahan rempah masakan briyani ayam atau daging

4. 2 biji tomato masak ranum - potong bulat nipis

5. 1 labu bawang besar - basuh dan cincang
6. 5 ulas bawang merah - basuh dan mayang nipis

7. 3 - 5 ulas bawang putih - basuh dan mayang nipis

8. 1 inci halia muda - basuh dan potong lebar

9. 1 batang serai - basuh, potong dua dan ketuk
10. 3 - 5 kelopak bunga lawang
11. 3 - 5 bunga cengkih

12. 2 inci kulit kayu manis

13. 3 buah pelaga - ketuk biar pecah

14. secubit jintan manis

15. secubit kuma-kuma
16. 1 batang daun sup - ketuk dan potong anggaran 1 inci

17. 2 - 3 helai daun salam

18. 3 helai daun pandan - basuh, carik-carikkan serta simpul

19. 2 cawan susu cair

20. 1/2 cawan santan sedang

21. 1/2 cawan minyak sapi

22. 2 - 3 sudu minyak jagung atau minyak 'sunflower'

23. 13 -14 cawan air

24. 1 bunjut sup

25. garam secukup rasa

26. Masakan briyani ayam atau kambing secukupnya


Cara-caranya:


1. Basuh beras. Rendam selama 30 minit - 1 jam. Tuskan.

2. Basuh bahan tulang ayam. Tuskan.

3. Panaskan kedua-dua minyak dan tumiskan semua bawang, halia, serai, kulit kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan jintan manis serta daun pandan dan daun salam. Bila bawang putih telah kekuningan, ambil 1/2 sudu kecil minyak dan masukkan dalam mangkuk kecil.

4. Campurkan kuma-kuma ke dalam mangkuk minyak tumisan yang masih panas tadi. Kacau biar keluar warnanya. Masukkan 2 sudu susu cair dan kacau. Biar untuk digunakan kemudian.

5. Masukkan rencahan rempah masakan briyani ayam atau kambing ke dalam bahan tumisan dan kacau rata.

6. Masukkan potongan tomato. Kacau. Biar mesra sekejap.

7. Masukkan tulang ayam. Kacau dan masak hingga naik bau.

8. Masukkan beras. Kacau hingga terdengar bunyi kering.

9. Masukkan semua bahan masakan ke dalam periuk nasi.

10. Masukkan juga air serta bunjut sup. Tekan 'switch' dan masak biar mendidih. Kacau.

11. Masukkan susu, santan cair, batang daun sup, setitik campuran kuma-kuma dan garam secukup rasa. Kacau rata.

12. Biar sampai lampu isyarat periuk nasi naik tanda masak.* Buka dan cepat-cepat kacau rata. Tutup balik dan biarkan 2 - 3 minit.

13. Keluarkan tiga suku bahagian nasi. Aturkan ayam atau kambing masak briyani berserta dengan sedikit kuah briyaninya secara berselang-seli dengan nasi yang dikeluarkan tadi hingga habis semua nasi. Titiskan campuran kuma-kuma di beberapa bahagian nasi hingga habis. Tutup semula periuk nasi, tekan balik 'switch' dan biar hingga isyarat tu naik semula.

• * Jika guna periuk biasa, anda sesuaikanlah - kira-kira bila nasi tu sudah masak, buka dan gemburkan. Ikut langkah cara ke 11. Bila dah tutup semula periuk nasi tu, biarkan di api kecil kira-kira 3 - 5 minit lagi.

Wednesday, February 24, 2010

KERABU PERUT

Bahan2


- 1 kg perut (direbus)
- 2 ikat pucuk paku
- 1/2 kg tauge
- 20 biji cili padi
- 5 ulas bawang kecil
- 1 inci halia
- 1 biji kelapa (santan)
- belacan
- air asam jawa
- garam
- gula
- kerisik


Cara menbuat :-


- perut direbus sehingga lembut.Celur pucuk paku dan tauge dalam air mendidih.
- Kisar cili padi,bawang, halia dan lengkuas bersama air asam jawa dan juga santan.
- gaulkan semua bahan sehingga sebati.Tambah garam secukup rasa.

AYAM GORENG KUNYIT

Ingredients


1) Ayam - dipotong kecil (50 gram)
2) Bawang Besar - dihiris nipis (1 biji)
3) Bawang Putih - dihiris nipis (4 ulas)
4) Cili Padi (6 biji)
5) Lobak Merah (1/2 batang)
6) Kacang Panjang - dipotong memanjang (2 batang)
7) Kubis Bunga (10 gram)
8) Kunyit (1 sudu kecil)
9) Daun Limau Purut (jika mahu) (beberapa helai)
10) Garam (secukup rasa)
11) Minyak (untuk menggoreng)


Directions


Gaul ayam berrsama kunyit dan sedikit garam. Perap seketika.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga sedikit garing. Selepas beberapa ketika toskan minyaknya. Biar ayam dalam kuali.
Menggunakan kuali sama, masukkan lobak dan kacang panjang, bawang putih, bawang besar cili padi, kobis, daun limau purut dan sedikit garam.
Goreng dan gaul semua bahan sebati.

DAGING GORENG CENDAWAN BBQ

Ingredients


1) Daging dipotong nipis (200g)
2) Cendawan butang segar yang telah dicelur (4 biji)
3) Bawang putih dicincang (3 ulas)
4) Bawang besar dicincang (1 biji)
5) Kicap (2 sudu besar)
6) Minyak
7) Sos BBQ (1/2 cawan)
8) Serbuk perasa bbq (2 sudu besar)
9) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
10) Garam (secukup rasa)


Directions


Perap daging bersama sos bbq, kicap, serbuk BBQ, serbuk lada hitam, garam dan bawang putih. Biar sebentar.
Hiris nipis cendawan butang.
Tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan daging.
Curahkan secawan air dan tutup kuali supaya daging cepat masak dan empuk.
Apabila daging empuk, masukkan cendawan dan kacau rata.

NASI AYAM

Bahan untuk Nasi



1) Beras (2 cawan)
2) Kulit kayu manis (1 inci)
3) Bunga lawang (1 kuntum)
4) Bawang putih dicincang (2 ulas)
5) Mentega (3 sudu besar)
6) Garam (secukup rasa)


Bahan untuk Ayam dan Sup


1) Ayam (500g)
2) Kicap pekat (2 sudu besar)
3) Sos cili (1 sudu besar)
4) Minyak bijan (1 sudu kecil)
5) Lobak jeruk (20g)
6) Halia dihiris memanjang (1 inci)
7) Bawang putih dihiris memanjang (1 ulas)
8) Garam (secukup rasa)


Bahan untuk Air Lada


1) Cili merah (6 biji)
2) Bawang putih (3 ulas)
3) Halia (1 inci)
4) Air rebusan ayam (1/2 cawan)
5) Minyak bijan (1 sudu kecil)
6) Cuka (1 sudu kecil)
7) Gula (2 sudu kecil)
8) Garam (secukup rasa)


Directions


Renehkan ayam bersama sedikit garam hingga ayam masak dan empuk.
Keluarkan ayam dan ambil 2 cawan air rebusan untuk memasak nasi.
Air rebusan selebihnya direneh lagi bersama lobak jeruk, hirisan halia, dan bawang putih untuk dihidang sebagai sup.
Seterusnya, campurkan sos cili, kicap dan minyak bijan. Curah ke atas ayam dan gaul sebati.
Goreng ayam tanpa minyak hingga kering bersama sos.

Untuk nasinya, cairkan mentega dan tumis bawang putih, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi.
Curahkan 2 cawan air rebusan ayam tadi, masukkan beras dan garam.


Untuk air lada, Kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam, dan air rebusan ayam.


Hidangkan nasi bersama ayam, air lada dan juga kicap.

Tuesday, February 16, 2010

PANTUN OH PANTUN

Lebuhraya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya


Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak


Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga


Orang Rengat menanam betik
Betik disiram air berlinang
Hilang semangat penghulu itik
Melihat ayam lumba berenang


Tanam jerangau di bukit tinggi
Mati dipijak anak badak
Melihat sang bangau sakit gigi
Gelak terbahak penghulu katak


Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin


Bapa gergasi menebar jala
Pegang tali melintuk-liuk
Masakan pengerusi tak garu kepala
Melihat ahli semua mengantuk

Gemuruh tabuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat


Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala


Anak cina menggali cacing
Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong
Biduk buluh bermuat tulang
Anak Siam pulang berbaris
Duduk mengeluh panglima helang
Melihat ayam bercengkang keris


Buah jering dari Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagi ketawa
Dengar tupai baca kitab


Pohon manggis di tepi rawa
Tempat datuk tidur beradu
Sedang menangis nenek tertawa
Melihat datuk bermain gundu


Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkaikan suasa
Jikalau kucing tak bergigi
Alamat tikus berjoget berdansa


Anak dara Datuk Tinggi
Buat gulai ikan tilan
Datuk tua tak ada gigi
Bila makan kunyah telan


Berderak-derak sangkutan dacing
Bagaikan putus diimpit lumpang
Bergerak-gerak kumis kucing
Melihat tikus bawa senapang


Pokok pinang patanya condong
Dipukul ribut berhari-hari
Kucing berenang tikus berdayung
Ikan di laut berdiam diri


Tanam pinang di atas kubur
Tanam bayam jauh ke tepi
Walaupun musang sedang tidur
Mengira ayam di dalam mimpi


Anak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelak
Melihat beruk berkaca mata


Orang menganyam sambil duduk
Kalau sudah bawa ke balai
Melihat ayam memakai tanduk
Datang musang meminta damai


Hilir lorong mudik lorong
Bertongkat batang temberau
Bukan saya berkata bohong
Katak memikul paha kerbau

Di kedai Yahya berjual surat
Di kedai kami berjual sisir
Sang buaya melompat ke darat
Melihat kambing terjun ke air


Jikalau lengang dalam negeri
Marilah kita pergi ke kota
Hairan tercengang kucing berdiri
Melihat tikus naik kereta


Senangis letak di timbangan
Pemulut kumbang pagi-pagi
Menangis katak di kubangan
Melihat belut terbang tinggi


Anak Hindu beli petola
Beli pangkur dua-dua
Mendengar kucing berbiola
Duduk termenung tikus tua


Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun buta
Baru ayam suka hati


Ketika perang dinegeri Jerman
Ramai askarnya mati mengamuk
Rangup gunung dikunyah kuman
Lautan kering dihirup nyamuk

Jual betik dengan kandil
Kandil buatan orang Inggeris
Melihat buaya menyandang bedil
Lembu dan kerbau tegak berbaris


Jemur bijan dengan kulitnya
Jemur di atas pohon lembayung
Hari hujan sangat lebatnya
Lamun Si Pandir mengepit payung


Elok rupa pohon belimbing
Tumbuh dekat limau lungga
Elok berbini orang sumbing
Walau marah ketawa juga


Rumah besar berdinding tidak
Beratapkan daun palas
Badan besar beristeri tidak
Itu tandanya orang pemalas


Adik nama Comat
Suka beri salam
Budak ketawa kuat
Suka kecing malam


Dari Ambun hendak ke Perak
Singgah di Jeram Mengkuang
Si Awang Kenit mencuri kerak
Hidung berbelang terpalit arang


Biduk lalu kiambang bertaut
Nakhoda Kasap duduk termenung
Gila latah ikan di laut
Melihat umpan di kaki gunung


Pakai seluar labuh ke bawah
Ikut permatang jalan melenggang
Nampak zahir memang mewah
Tapi hutang keliling pinggang


Orang Sibu menunggang kuda
Kuda ditunggang patah pinggang
Masih mahu mengaku muda
Padahal cucu keliling pinggang


Tahankan jerat gunakan tali
Pacak kuat biar melekap
Kalau bini suka membeli
Hutang berbaris suami ke lokap


Tuan puteri memasang panjut
Dayang tolong menghalau lalat
Kucing tidur bangkit terkejut
Melihat tikus pandai bersilat


hellooooooooo...rindunyerrrrrrrrrrrr kt awakkkkkkkkkkkkk...


YEKE????

LEMBU sebenarnya lebih PANDAI daripada MANUSIA kerana...


1 ... lembu tak buang anak dalam tong sampah, longkang dsb.
2 ... lembu tak ponteng kerja... pagi-pagi dia keluar meragut, petang dia balik rumah.
3 ... bila sampai waktu maghrib, lembu mesti balik rumah.. dia tak ada pulak main takraw ke, main bolasepak ke, shopping kat pasar malam ke.
4 ... lembu tak melakukan perhubungan jantina luar tabii.
5 ... lembu tak buat maksiat seperti berjudi, minum arak dsb.
6 ... lembu faham cakap manusia tapi manusia tak faham cakap lembu.
7 ... lembu tak ada pulak beri anak dara dia keluar malam dengan lembu jantan lain.
8 ... anak teruna lembu pulak tak ada nak usung anak dara lembu lain sampai lewat malam.
9 ... lembu punya susu, sapi dapat nama... yang bagi nama minyak sapi tu, manusia lah, bukannya lembu.
10 ... lembu tak ada buang masa membaca artikel karut macam ni...

[hehehehe...soweyyyy....]

Nape Kawin!!

Udin baru berusia 6 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.
"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.
"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ", jawab Kakak Udin.
Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin.
Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.
Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.
"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim."Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula. Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan girang.
"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.
"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.
Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,
"Salah nak... sebenarnya gatal depan... .
 
[hampehnyer kakak]

Wednesday, February 10, 2010

PANTUN OH PANTUN

KIRI JALAN KANAN PUN JALAN
TENGAH-TENGAH POHON MENGKUDU;
JANGAN KAU JALAN DI TENGAH-TENGAH JALAN,
PASAL DI TENGAH-TENGAH TU ADA POHON MENGKUDU.

KALAU ROBOH KOTA MELAKA,
PAPAN DI JAWA HAMBA DIRIKAN;
KALAU SUNGGUH ENGKAU BERKATA,
PEGILAH KE JAWA BAWAK BALIK KESEMUA PAPAN.

NASI LEMAK BUAH BIDARA,
SAYANG SELASIH HAMBA LURUTKAN,
MANA ADA ORANG MAKAN NASI LEMAK CAMPUR BIDARA,
SAYANG SELASIH PUN NAK KECOH-KECOHKAN??

DALAM SEMAK ADA DURI,
AYAM KUNING BUAT SARANG;
ORANG TAMAK TAK SEMESTINYA RUGI,
KADANG-KADANG DIALAH YANG PALING KENYANG.

MENGATA DULANG PAKU SERPIH,
MENGATA ORANG, DULANG KAU PUN PENUH PAKU SERPIH.

SIAKAP SENOHONG, GELAMA IKAN DURI,
BERCAKAP BOHONG, LAMA-LAMA JADI YB.

LAIN PADANG LAIN BELALANG,
PADANG MANA KAU PEGI,
SAMPAI KAU KENAL SEMUA BELALANG??

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI,
HUTANG EMAS KAU TAK BOLEH BAYAR,
HUTANG PISANG EMAS PUN KAU BUAT TAK RETI.

SORONG PAPAN TARIK PAPAN,
BUAH KERANJI DALAM PERAHU,
SURUH MAKAN DIA TAK MAKAN,
PASAL DIA DAH BEDAL BUAH KERANJI DALAM PERAHU TU.

KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT,
KAJANG HAMBA MENGKUANG LAYU,
DAGANG PAK MALAU DAGANG BERTEMPAT,
JOM PAK MALAU KITA MAKAN SATE KAT KAJANG TU.

LEMBU OH LEMBU

Kawan saya dan isterinya telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan mereka berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.



Mereka sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,


LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.



Isteri kawan saya secara jenaka mencuit suaminya dan dalam senyum berkata :


'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'


Mereka kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :


''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '


Sekali lagi si isteri mencuit suaminya dan berkata :,


'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu.... ......Abang boleh belajar banyak dari dia .'


Mereka berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'




Si isteri menjadi girang dan mencuit suaminya dengan kuat dan berkata :


'Itu bermakna sekali setiap hari .... Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!


Kawan saya pun pandang isterinya dan berkata kepadanya,"


'Awak pergi tanya lembu jantan tu, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA KE ?






kehkehkehkehkeh... meredakan tensi..